Open-Library di Pusat Tuisyen IJG menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan tambahan kepada para pelajar; antaranya majalah, buku rujukan, novel, buku fiksyen dan lain-lain.
Bertunjangkan semangat membudayakan bacaan, kami berusaha menambah bilangan bahan-bahan bacaan terkini di Open-Library kami dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, kami mengalu-alukan pihak komuniti yang ingin menyumbangkan (wakaf) buku kepada pihak PT IJG. (Sila berhubung dengan kami di talian 012-6279895).
Penggunaan bahan-bahan bacaan di Open-Library ini adalah seperti berikut:
Pelajar IJG >> Penggunaan Percuma
Bukan Pelajar IJG >> Perlu mendaftar RM50 untuk penggunaan selama setahun
Pinjaman bahan-bahan bacaan di Open-Library ini adalah seperti berikut:
Pelajar IJG >> maksimum 2 buku / maksimum 2 minggu
Bukan Pelajar IJG >> maksimum 1 buku / maksimum 2 minggu
Selain itu, kami juga akan menawarkan jualan buku dengan harga yang berpatutan. Hanya follow Facebook Page kami di https://www.facebook.com/inspirasIJG atau Instagram inspirasijg untuk mengetahui tawaran harga buku-buku yang kami ada (copy baru_bukan copy untuk display di Open-Library kami).
No comments:
Post a Comment